Sunday, May 16, 2010

mEncari intaN

Posted by ct aini at 7:58 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post

Mungkin cerita laluku yang menyebabkan aku menjadi begini.Cacian yang dilempar kepadaku sering kali menjadikanku lemah tidak berdaya.Peristiwa hitam itu sentiasa berputar saban hari tanpa sebarang hentian.Lelakilah punca hidupku jadi tidak tentu arah.MEREKA!!!!MEREKA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB

….Bagaikan lumrah,hidupku selalu dirakus oleh insan yang bernama lelaki…Sejak hari pertama aku tidak lagi bergelar dara aku bersumpah akan merosakkan,merampas,membalas kembali keperitan yang pernah ku alami di dasar hati yang sudah kupupuk rasa kebencian terhadap insan yang bernama lelaki..

10 april 1999

Hari inilah bermula detik permulaan kisah aku selepas perkenalan aku dengan syafig aufa yang merupakan senior di kolej tempat aku belajar.Dalam suasana yang cukup asing buat diriku,aku rasa ada seseorang yang terlalu baik perinya terhadap aku.Dia aku panggil abang kerana sikapnya yang mengambil berat terhadap diri aku dan sudah aku anggap seperti abang aku sendiri.Tambahan pula aku tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana aku anak tunggal.Hubungan kami bermula dengan dengan mesra sekali seolah-olah sudah lama saling mengenali dan setiap hari selepas pulang dari kolej abang sentiasa menghubungiku.Lama kelamaan telah membibitkan rasa sayang jauh di lubuk sanubari aku sebagai seorang yang bernama perempuan.

Perasaan yang kuanggap hanya impian untuk memilikinya sebagai kekasih hatiku rupanya bukan impian lagi apabila perasaanku tidak hanya disebelah pihak kerana abang juga mempunyai perasaan yang sama denganku.Namun benarlah kata orang tiada istilah teman tapi mesra ataupun sahabat antara seorang lelaki dan perempuan.Diri aku tidak dapat menahan rindu pabila berjauhan dengannya.Setiap kali abang memberitahu dia akan pulang ke kampong halamannya,hatiku seperti tidak merelakan pemergiannya kerana sewaktu dirinya jauh diperantauan,aku berasakan ada satu kuasa yang bergelora di sudut hati kecil ini.Jantungku sentiasa berdebar-debar tatkala bayang wajahnya muncul menghantui aku.Makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah.Walaupun bergelak ketawa dengan kawan-kawan tapi pemikiran aku telah jauh menembusi langit yang kurasa mendung tanpa kehadiran abang.Abang bagaikan memahami perasaanku sekaligus memujuk hatiku yang lara.Sudah banyak kali abang mengajak aku mengikutnya ke kampong halaman di taiping sekaligus bertemu kedua orang tuanya.

Tetapi sangkaanku meleset sama sekali apabila pelawaannya aku setujui..Terkuburlah satu lagi sejarah hidup ini.Malam sewaktu perjalanan itu menjadi saat pertama diriku menjadi insan yang kotor di mata masyarakat.Shafig yang pada mulanya seperti memberi seribu harapan mula menjadi manusia yang bertopengkan syaitan.Aku yang pada ketika itu masih muda hanya mengikut sahaja kata-kata seorang lelaki yang aku panggil abang.Aku sendiri tidak pasti kekuatan dari mana yang aku dapat sehingga berani menerima pelawaannya sewaktu untuk bermalam di hotel bagi merehatkan diri selepas 4jam perjalanan dari Johor.padahal sebelum ini aku seorang yang amat berhati-hati dalam memberi sebarang jawapan dan amat berhati-hati apabila keluar bersama lelaki.Ajakan manja abang sebagai tanda cinta aku kepadanya menyebabkan aku menyerahkan mahkotaku yang selama ini aku pertahankan tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.Aku sendiri tidak percaya kenapa aku sanggup lakukan semua itu sedangkan aku sendiri belum mengetahui penyudah bagi perhubungan kami ini.Hal ini ditambah lagi perkenalan aku dengannya hanyalah selama hampir 7 bulan.Memang masa yang amat singkat.

“Abang lya pening la,Tak larat pulak rasanya.”Aku merintih dan hanya mengharapkan simpati dari seorang lelaki yang aku percayai itu.

Wajahnya seperti tidak bersalah atau menyesal dengan apa yang berlaku..


“””lya nak ikut abang balik ke tak ni???cepat la siap..ala hilang la sakit tu nanti…cepat ye!!!nak manja-manja pulak lya ni…abang dah siap ni..lya mandi pastu kita breakfast sama-sama..Abang tunggu liya ni…””Itulah yang dikatakan kepada aku..abang tidak seperti dulu seorang yang baik hati,lemah lembut dan mengambil berat terhadapku…Sikaonya berubah hanya satu malam.Walaupun abang begitu aku masih lagi menerimanya kerana aku mencintai abang…Entah apa yang aku inginkan darinya sehingga aku sendiri buta dan bagiakan terlupa apa yang haram dan yang halal bagi diriku.Padahal sedari kecil aku diajar semua itu dengan baik.Hanya kerana percayakan lelaki aku melupakan segala ajaran kedua ibu bapaku.


Sebaik sahaja selesai bersiap kami terus menuju ke rumah abang.Sememangnya keluarga abang amat dikenali di sana.Kediamannya juga selesa dan indah.Ketibaan kami disambut oleh ibu bapanya.Walaupun aku rasa asing di rumah itu tapi oleh kerana abang banyak membantu membuat aku tidak kekok tinggal di situ.Kami bermalam di rumah abang selama tiga hari.Kami harus pulang ke kolej kerana ada kelas yang perlu aku hadiri.


Keluarga abang juga seakan sudah biasa dengan kehadiran tetamu.Ibubapa abang juga tidak mempunyai sebarang masalh tentang kehadiran aku ke sana.Mereka lebih menumpukan mengenai pekerjaan mereka daripada abang.Maklumlah kedua-duanya bekerjaya.Sepanjang aku di rumah abang kami selalu bersama,aku dilayan bak pemaisuri di rumah itu.Tiada sebarang halangan bagi kami.Segala permintaan kami dilaksanakan oleh orang gaji di situ.Ibubapa abang banyak berada di luar dari berada di rumah.Aku juga hanya berjumpa dengan mereka beberapa kali sahaja.

Hubungan kami menjadi lebih akrab dari hari ke sehari.Tidak ada lagi halangan bagi kami.Kami hidup dalam dunia kami sendiri.Ada juga rakan-rakan yang memberitahu aku sikap abang yang selalu dilihat bersama perempuan lain tapi semua itu aku tak percaya kerana kata abang semua itu kawan belajarnya.Aku juga sering mengatakan bahawa rakan-rakan aku cemburu apabila aku bersama dengan abang.


Selepas malam tahun baru aku semakin jarang berjumpa abang kerana alasan abang sibuk dengan kerja.Abang juga sering pulang ke kampong.Aku hanya mendapat tahu setelah abang pulang.Panggilan telefon dariku juga selalu tidak diangkat.Setiap kali aku tanya bermacam-macam alasan diberikan kepadaku.Walaupun aku rasa memang ada yang tak kena tapi aku diamkan sahaja.Kami hanya berjumpa sekali seminggu itupun hanya beberapa jam.Abang berjanji padaku bahawa selepas dia menyiapkan projeknya akhir bulan ini dia akan menumpukan perhatian kepada hubungan kami.Kata-katanya aku pegang sebagai janji.


p/s : Smbung g nnt

AnGan-AngAN bArUKu

Posted by ct aini at 7:49 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post
HarI Ni AseNya nAK hArI ni AsEnya Nak BagI SomEThing NeW NGan BlOg Ni
oRg mMg Ske n TeRMinat nGan Novel.
MemaNg BerTambAh2 lagI kegilaAN ini Ble BErtEmu Ngan Kwn "gile novel"
KewAjibaN UntuK ktoRg Tuk pegi EvenT yang pasl Buku.
Pesta BukU n Jualan bku n KedaI bKu teMpat Yang Pling sYok
Tu yaNg beSt BanyaK buKu Novel
HAhaHa...HeHehE..
XkESAh lA xKesAh La ORg yAng xsKe MemBaca N xSke HobI Ni
SayA JanJi xGanGgu sESape PoN
Orang teRingIN sGt
nAk tulis novel..
So jUst nak Bagi sEMUa bAca Klo AdE YAng nAk bCA lA koWt...

Sunday, May 2, 2010

the way of life that we choose

Posted by ct aini at 8:49 PM
Reactions: 
0 comments Links to this post


Have you ever been in love?
Horrible isn't it?
It makes you so vulnerable.
It opens your chest
and it opens up your heart
and it means that
someone
can get inside you and mess you up.
You build up all these defenses,
you build up a whole suit of armor,
so that nothing can hurt you,
then one stupid person,
no different from
any other stupid person,
wanders into your stupid life...

You give them a piece of you.
They didn't ask for it.
They did something dumb one day,
like promise you or smile at you,
and then your life
isn't your own anymore.
Love takes hostages.
It gets inside you.
It eats you out and
leaves you crying in the darkness,
so simple a phrase like
'maybe we should be just friends'
turns into a glass splinter
working its way into your heart.
It hurts.
Not just in the imagination.
Not just in the mind.
It's a soul-hurt,
a real gets-inside-you-and-rips-you-apart pain.
hate love.

The past may hurt,
but you can either run from it...

knapa mereka xpaham,,,kta xsalah pon....

Posted by ct aini at 5:19 AM
Reactions: 
0 comments Links to this post
1. Wanita tidak pernah puas hati
Hakikatnya: Wanita sentiasa mahu perbaiki keadaan supaya lebih baik

Yang sebenar2nya tentang Mitos 1:
Wanting to make things better is not the same as never being satisfied with anything. Katakan anda menyuruh seorang teman pejabat membaiki kerjanya, sedikit pembetulan, di sana dan di sini, tetapi ini tidak bermakna yang anda tidak berpuas hati dengan kerjanya, bukan begitu? It's the same with the women - hanya kerana wanita mahu sesuatu yang lebih baik, diperbaiki, dilebih sempurnakan, it doesn't mean we are impossible to satisfy.

Tetapi sesuatu yang harus diakui tentang beberapa komentar yang diperolehi daripada beberapa wanita - mereka mengakui, apabila tiba kepada intimate relationship, mereka tidak mudah dipuaskan sebagaimana lelaki. Mengapa? Kerana diyakini bahawa tahap emosi wanita lebih tinggi berbanding lelaki. Kerana itu jugalah daripada sebesar2 perkara sehinggalah kepada yang sekecil2nya, ia sentiasa berada dalam perkiraan wanita.

Lelaki harus ingat, wanita memang suka melakukan detailings. Namun bagi lelaki, detailings menyusahkan. Sedangkan pada wanita, detailings itu menunjukkan komitmen, malah memperindahkan perhubungan.

Apa yang harus lelaki ingat, apabila wanita mencadang atau menyuarakan satu2 perubahan dalam perhubungan, wanita sebenarnya BUKAN MERUNGUT, atau MENGKRITIK. Tetapi dia ingin memberi tahu betapa dia bersungguh2 dan ingin menunjukkan komitmennya agar hubungan yang dijalin berjalan sebaik mungkin. Soalnya, kenapa lelaki sering menggunakan mitos ini untuk mencari kesalahan wanita? Jawapannya mudah - kerana lelaki menggunakannya sebagai alasan untuk tidak memperdulikan kehendak wanita dan mengelak daripada melihat kesalahan sendiri!

2. Women are high maintenance
Hakikatnya: Intimate relationships are high maintenance

Yang sebenar2nya tentang Mitos 2:
It's not the women who are high maintenance, it's relationship. Successful relationships aren't easy. Kerananya kita terpaksa bekerja keras, lebih daripada biasa, kita adakalanya tertekan, kita juga terpaksa berkorban. Okay guys, bayangkan sejenak anda memiliki kereta idaman anda, yang power giler bila memecut. Apakah selepas memilikinya, anda akan merungut, "Kereta ini kuat telan minyaklah!" atau "Bunyinya tak bising sangatlah, dah tu kena selalu pergi servis". Sudah tentulah anda tidak akan, atau seboleh-bolehnya mengelak daripada merungut tentang perkara ini (sekurang2nya untuk 3 bulan yang pertama kerana sedang dan masih seronok memakainya), kerana anda mengerti itulah harga yang anda perlu bayar untuk apa yang telah anda pilih.

Well, demikianlah juga halnya dengan perhubungan. Wanita perlukan perhatian, belaian kasih sayang agar hubungan yang dijalin berjalan dengan aman. Secara tabi'inya wanita lebih sensitif, lebih beremosian dan lebih suka melakukan sesuatu hal dengan terperinci. Maka tidak hairanlah jika wanita menjadi pihak yang lebih banyak berusaha untuk kelancaran perhubungan, komunikasi dan sebagainya.

Perhubungan cinta yang aman dan berjaya memerlukan high maintenance, sebab itulah wanita bersifat sedikit mendesak dan menekan. Soalnya lelaki selalu menjadikan mitos ini sebagai alasan untuk tidak 'bekerja' demi perhubungannya dan inilah yang selalu membuat wanita sakit jiwa & makan hati!

3. Wanita suka control lelaki
Hakikatnya: Wanita sebenarnya mahu menyumbang, memperbaiki dan dimasukkan dalam perbincangan.

Wanita sentiasa mahu masuk campur dalam apa jua masalah yang tercetus antara dia dan pasangan, anda tidak percaya? Lelaki yang tidak pandai mengatur kewangan misalnya, yang selalu pokai walaupun belum sampai tengah bulan. Apa solusinya? Sudah tentulah si teman wanita mengambil inisiatif untuk membantu- sayanglah katakan...

Caranya? Terpulang. Ada yang membantu dengan kaedah meminjamkan wang, atau bagi yang lebih bermurah hati dengan segala senang hati mengamaljariahkan saja wangnya kepada si lelaki, atau ada juga yang campur tangan menjadi financial planner untuk si lelaki. Dan masalah tipikal pasti timbul selepas itu - ini nampaknya satu percubaan untuk jadi queen control.

Yang sebenar2nya tentang Mitos 3:
Wanita dalam mana2 perhubungan sekalipun, pasti meletakkan cinta dalam agenda teratas. If we see you hurting, we want to make it better. If we see you struggling with a problem, we want to help you find the solution. Mengapa wanita melakukan semua ini? Sebab dia cintakan awak! Sebab itu tidak hairanlah wanita sentiasa mahu masuk campur dalam apa jua masalah yang tercetus antara dia dan pasangan.

Wanita mungkin memang ditakdirkan mempunyai semangat berpasukan apabila bercinta dengan seseorang. Sebab itulah apabila wanita mula sibuk2 dan menyibuk dalam beberapa urusan, lelaki jadi jengkel. Tetapi awas lelaki! Wanita hanya mampu memberi input - bukan kerana wanita mahu kontrol lelaki, tetapi kerana wanita mahu turut serta, merasai keseronokan 'keterlibatan' dengan pasangan yang dicintainya.

Soalnya sekarang, sesetengah lelaki menganggap mereka tidak sepatutnya tunduk kepada pasangan. Menerima pertolongan daripada wanita hanya menunjukkan kelemahan mereka. It makes them less powerful. Mungkin kerana itulah agaknya banyak fasa2 penting dalam perhubungan yang sepatutnya sudah dicapai pada masa2 tertentu terbengkalai dan tidak menunjukkan sebarang petanda masa depan yang positif, kerana lelaki, anda memang degil!

4. Wanita lekas cemburu dan suka mendesak
Hakikatnya: Wanita amat menjaga perhubungan cinta

Situasinya begini: Sepasang suami isteri misalnya, dengan seorang lagi wanita (sahabat baik kepada si isteri), berkemungkinan untuk terjebak dalam krisis hubungan tiga segi. Si isteri mendapati sahabat baiknya ada menyimpan perasaan terhadap si suami, berdasarkan body languagenya, tutur katanya, perlakuannya, juga gerak matanya. Jadi kerana si isteri percaya bahawa dia perlu berbuat sesuatu untuk menjaga perhubungan cintanya, maka sahabat baiknya sendiri, perlu dicurigai dan perlu diawasi.

Yang sebenar2nya tentang Mitos 4:
Mana2 wanita sekalipun yang berada dalam dunia percintaan tidak akan sekali2 mendedahkan perhubungannya kepada bahaya. Mereka tidak akan membiarkan sebarang perkara pun yang boleh mengancam atau membahayakan perhubungan.

Wanita selalu menjadi amat sensitif, terutama sekali apabila ia membabitkan boundaries perhubungan, juga terhadap apa2 saja unsur yang boleh memisahkan atau memecahbelahkan. Kerana itulah wanita secara automatik, menunjukkan sikap cemburu, banyak bertanya, banyak menyoal dan kemudiannya mendesak. Bagi mereka itu adalah beberapa langkah paling penting dalam menjaga keharmonian perhubungan.

Jadi lelaki, protect yourself and your relationship. Jangan terlalu keras macam batu dan jangan juga menutup mata seolah2 tiada apa yang berlaku. Berjaga2lah terhadap asap kecil yang baru keluar, supaya ia tidak bertukar menjadi api yang marak!

5. Wanita yang berdikari tidak perlukan perhatian lelaki
Hakikatnya: Walaupun wanita kuat dan berdikari, bukan bermakna mereka tidak perlu dan tidak mahu dimanja lelaki.

Di dunia ini ada 2 jenis wanita: Satu, jenis yang vulnerable dan dependent, mahu dilindungi, mahu dijaga, dibelai dan dimanja. Manakala satu lagi jenis wanita adalah mereka yang perkasa, yang kuat yang capable, yang tidak perlukan (ooppss..atau yang TIDAK BERAPA memerlukan..) perhatian dan jagaan lelaki. Anda tergolong dalam kategori mana?

Yang sebenar2nya tentang Mitos 5:
Inilah silapnya. Inilah yang selalu berlaku. Apabila seseorang lelaki itu berpasangan dengan wanita yang berkarier besar, dengan masa depan besar, pendapatan besar, jiwa besar, pendek kata semuanya besarlah. He often mistakes her competence and confidence as an indication that she doesn't need or want to be taken care of. Kebanyakan lelaki menyangka, pasangannya adalah jenis wanita yang tidak perlu dirisaukan.

Hendak servis kereta? "Hmm..dia boleh uruskan sendiri.." Hendak betulkan sinki yang tersumbat? "Dia boleh buat.." Hendak beli barang hantaran kawin? "Itu pun dia boleh buat sendiri tuu.."

Ketidakhadiran pasangan untuk melihat, membantu atau meringankan beban, sebenarnya hanya akan menimbulkan implikasi yang lebih merumitkan. Ia akan dilihat sebagai satu isyarat si lelaki tidak bertanggungjawab,bersikap lepas tangan, tidak menunjukkan ciri2 sebagai suami yang mampu memimpin keluarga.

Lelaki, anda silap. Kalau pun teman wanita anda jenis yang strong, capable and independent, ini tidak bermakna mereka mahu terus tidak dipedulikan sepanjang masa. Guys, sometimes women want you to help us do something even if we can do it ourselves. Ada masanya wanita sedar mereka mampu melakukan segalanya, tetapi mereka mahu merasai support anda, kekuatan anda, perlindungan anda. Kerana itulah wanita suka mendengar teman lelakinya bertanya "Apa yang boleh saya buat untuk awak?" Kerana apa? Kerana ia mencetuskan perasaan selamat dan dihargai.

Soalnya sekarang, kebanyakan lelaki mengambil kesempatan atas kebolehan dan kemampuan pasangannya, sebagai alasan untuk bersikap acuh tak acuh. Dan yang lebih menjengkelkan hati wanita, "Ala..dia boleh buat sendiri.."


...Nilailah kembali diri anda dan hubungan anda
 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea