Thursday, August 18, 2011

puasa???

Posted by ct aini at 4:55 PM 0 comments
sape xpuasa
okay ..tawu ramai xngaku kan,,
tempat ak lepak before g bazar ramadhan belambak orang yang xpose
area damansara...sebab kazen ak ada kedai kat sana
yang cina india ak paham la sbb bkan dorg punya kepercayaan
but yang melayu pon melantak bagai...
time mggu 1st sket je la,,malu la konon nak beli 
ada yg pkai helmet ,,tutup2 muka la
tapi bila dah msuk mggu ke 3..wahwah
dah mkin untung kazen ak beriban untung sehari sebab : ramai xpose
kalo dulu makan bungkus2
skarang ni dah pandai dah makan ngan pinggan 
terang-terang je buat do no ngan org sekeliling yang pose
ak xla marah pon cuma respect la orang lain..haish.:)

puasa lagi baik dari tidak:)

Saturday, August 13, 2011

Family tan dan zah ++me

Posted by ct aini at 8:42 PM 0 comments
lama dah xtulis..
btw smalam ak ngan family untie g shopping raya
mula2 ktorng g  GM PLAZA
motifnye nak beli beg2 tuk makcik2 kat kampung,sumenya borong
macam2 ada..that time ak de msg hubby ak nak ajak die tman sbb ak nak bli beg gak..
nape ak xnak beli timetuh sebab nanti untie ak je nak bayar,,xbesh la
nak jgk gna duit sendiri ..bkan sombong but just xselesa la gna duit org :)
then ktorang pegi SOGO
macam nak gila ka dengan perkataan SALE!!!!!!!
masuk je orang macam semut dah ak tgok..
tugasan ak pgg beg untie ak dan keluarkan bila nak bayar sebb die kna heart attack ari tuh
so skit g kan..ak tolong je la..smapi terpilih sekali jeans ngn baju..
niat xnak blanja tapi dah ter.....
kat sana beli baju budak2 je..danish ,daniel (cucu untie) n maznie(ank angkt die)
nak story pasal 1 kazen ak ni...alif...
pusing 1 sogo xpilih pape...
sebab xtaw nak bli cmne,standard???,macam2 la...besa la slalu shoping butik hot2...
hehe ...sorry alip..,

pastu trus g IKANO 
g brands outlet,,,ni la tempat kegemaran alip..dah shoppng smpai x ingt dunia
sorang die je dah 8 psang baju...xpe la kaya..
xckup dengan tu ktorng g plak TESCO kat damansara
just tuk beli beg tarik si maznie..
dah bagai nak pecah keta die ngamuk so untie beli je..
pastu ending nye balik la
~penat da~

Friday, July 1, 2011

Posted by ct aini at 1:43 AM 2 comments
 tolongla..spider dah wat sarang pon..
lama dah xstory new things..
all of it sebab terlampau bz nak jadik kaya
ak nak jadik org kaya yang bakal sengket sebab semua duit ada tujuan lain nak wat
sedih mengenangkan kepenatan nak cari duit...aduyai
dan paling penting dah hmpir seribu da ni...hahahha
gaji hasil penat dan lelah sebulan ni
banyak yang dikorbankan
contohnya masa ngan "tunang" saya taw...:)..soe la
kaki bengkak kot..tu la mak kata manja sangat dulu..rasakan
tido xckup beb..kadang2 just 4 jam..
nampak x???
banyak kan yang terkorban ..
tapi xpe la...tuinggu ak dah ada duit banyak,,,boleh la spare tuk mende lain..

dalam hati memikirkan berapa la kena bayar pasal xcdent tuh???
dalam pikiran...awak watpe ha??
dalam perut??bila nak kuruz???:)
sape yang baca ni...
tolong baca ayat bawah ni

"ya Allah ,,kurniakan aini keberkatan dalam kerja dan semoga insiden keta xkena byar banyak sgt ,,dan mudahan aini dapat kumpul duit banyak dan dia bahagia dengan tyqo"..amin..

that's it la ...


Wednesday, May 25, 2011

perempuan macam tu bersebab la,,,

Posted by ct aini at 8:06 PM 0 comments
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
namun 
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

 hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup 
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong 
dan membuatkan hidup lebih sempurna

Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 

~gambar pertama~

Monday, May 23, 2011

saya nak kurus la!!!

Posted by ct aini at 9:11 PM 2 comments
kenapa en3 ni yang kuar..
sebabnye aku tengah makan dengan lahap kat bilik _ _ _....
bohsan duk sorg so makan je la kejenya
ak teringat nak kurus..ha,,wujudla en3 ni

~~perbezaan~~

nak tnya dulu???sape kurus???
hanya yang gemok je baca (demand)
tiap2 hari pk pasal berat badan..of kos la kan..
kalo makin menurun takpe jgk ni makin menaik je..OMG
memang xsedar diri la...camon la..KURUS,,KURUS
going back to normal u la doraemon,,najla kata~

, sampai bila nak macam ni ... wahhhhhaaa~~
tengok perut , makin hari makin jdi spare tayer dah... 
Kang bila orang tanya "pregnant" ke , marah pulak kang...cop..saya xmengandung ok!!
tengok sume orang sebenarnya sama..lahir kecik jgk 
tapi bila besaq..aigoo~~besaq jgk la
kalo dulu baju saiz M skarang dah masuk ke L...salah sape???

xnak jadi macam ni:(

ayat normal kalo org kata gemok
" tak apa la aku gemuk , yang penting sihat" . 
Aku salah seorang jgk la...dalam hati..ko diam..hahaha
bila aku dah meningkat dewasa dan makin comel ni rasa cam nak jadik cam dulu
mane x nye dulu berat 44 maintain sokmo...skarang dah asik 60++++ lagi
mau xberat...sape nak angkat...:(

cik abg saya selalu buat ayat ngek die la...
xpe gemok ke x tetap sayang
konfius ,,LELAKI kan
bila cinta bagai nak rak kata,,klo nanti pe agaknye die kata?????
macam2 dah dengar pasal lelaki yang ada gf gemok~~
tp saya dengan yakin cik abg saya ok kot,,sebab die tecik je

~~matlamat baru..lagi 3 bulan cuti kurus dalam 10 kilo..wahaa~~
impian besar bagai

ini macam hari terakhir saya:(

Posted by ct aini at 5:45 AM 3 comments
korang pernah kemalangan x???????
dah 2 minggu pendam,,sumpah nak lupa sume tuh
mungkin Allah bagi masa untuk perbetul semua kesalahan
semua family ak xtawu ni..hope2 klo bca pon xmarah la:)
sebab aku takut nak bgitahu
aku akan ingat hari ini 11 May 2011
waktu kejadian tu kul 9.50 malam camtu la jgk...
kat kawasan kota malim prima,,kat tg malim la yang pastinya...
org tanjung malim konfirm tawu
selamatla dah malam tpi selalunya ada lori besar2 lalu...
klo la ada lori besar follow~~OMG

konon ni la macam keadaan die..tp ubah keadaan jadi malam..
sebab ak terlampau gabra telefon xtaw katne.,nak tgkap gmbo pon xingt da

pernah rasa tak ini hari terakhir korang??
aku pernah
sebabnya kemalangan tuh sememangnya akan meragut nyawa orang
kalo tengok kondisi kereta memang xnampak macam kenderaan dah
memang aku bersyukur sangat dapat tengok dunia ni...
and the person yang ak gtawu just abg saya..
trus dari mukah die call even aku pon tawu line xbrapa jelas kan...
10 minit baru dengar sore,,,saya rindu suara tuh...huhu
lepas die dah bebel segala...apa bleh wat dah jadik pon

syikin..sowi sgat
sorry,,sorry,,,
tu je dapat cakap kat syikin
aini xsengaja,,kalo tawu nak jadi camtu aini xbawak syikin,,aini g sorg pon xpe,,


tgok la kecederaan die
serius...huhu


perasaan..
hanya Allah yang tawu,,
ya ALLAH kalo ini hari terakhir aku tolong bagi aku mintak maaf ngan mak abah aku
ya ALLAH selamatkan la syikin tp ak terima
ya ALLAH aku belum cukup bekalan nak jumpa Kau 
ya ALLAH jaga keluarga aku
ya Allah bagi lah program aku berjalan
( mungkin ada kata aku gila pk program tp ni aku yang nak buat)

aku xsempat jumpa abang2 yang tolong aku tu sebab terlalu gabra 
tq tuk abg-abg proton yang tolong
tq abag baju putih yang tolong tuh,,tenangkan sya time tuh...waha
tq tuk tow trak yang sampai dalam masa 1 minit
tq tuk en anuar (pengetua kolej za'ba)
en wan (felo blok E)
JMK2 kolej zaba (ni salah saya bukan k.blok saya atau sesiapa)
kawan-kawan yang pelok2 saya
budak2 program baktisiswa
kawan yang sangt  rapat dan saya sayang 'awak la'






 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea