Mungkin cerita laluku yang menyebabkan aku menjadi begini.Cacian yang dilempar kepadaku sering kali menjadikanku lemah tidak berdaya.Peristiwa hitam itu sentiasa berputar saban hari tanpa sebarang hentian.Lelakilah punca hidupku jadi tidak tentu arah.MEREKA!!!!MEREKA YANG HARUS BERTANGGUNGJAWAB
….Bagaikan lumrah,hidupku selalu dirakus oleh insan yang bernama lelaki…Sejak hari pertama aku tidak lagi bergelar dara aku bersumpah akan merosakkan,merampas,membalas kembali keperitan yang pernah ku alami di dasar hati yang sudah kupupuk rasa kebencian terhadap insan yang bernama lelaki..
10 april 1999
Hari inilah bermula detik permulaan kisah aku selepas perkenalan aku dengan syafig aufa yang merupakan senior di kolej tempat aku belajar.Dalam suasana yang cukup asing buat diriku,aku rasa ada seseorang yang terlalu baik perinya terhadap aku.Dia aku panggil abang kerana sikapnya yang mengambil berat terhadap diri aku dan sudah aku anggap seperti abang aku sendiri.Tambahan pula aku tidak mempunyai adik beradik yang lain kerana aku anak tunggal.Hubungan kami bermula dengan dengan mesra sekali seolah-olah sudah lama saling mengenali dan setiap hari selepas pulang dari kolej abang sentiasa menghubungiku.Lama kelamaan telah membibitkan rasa sayang jauh di lubuk sanubari aku sebagai seorang yang bernama perempuan.
Perasaan yang kuanggap hanya impian untuk memilikinya sebagai kekasih hatiku rupanya bukan impian lagi apabila perasaanku tidak hanya disebelah pihak kerana abang juga mempunyai perasaan yang sama denganku.Namun benarlah kata orang tiada istilah teman tapi mesra ataupun sahabat antara seorang lelaki dan perempuan.Diri aku tidak dapat menahan rindu pabila berjauhan dengannya.Setiap kali abang memberitahu dia akan pulang ke kampong halamannya,hatiku seperti tidak merelakan pemergiannya kerana sewaktu dirinya jauh diperantauan,aku berasakan ada satu kuasa yang bergelora di sudut hati kecil ini.Jantungku sentiasa berdebar-debar tatkala bayang wajahnya muncul menghantui aku.Makan tak lalu,tidur tak lena,mandi tak basah.Walaupun bergelak ketawa dengan kawan-kawan tapi pemikiran aku telah jauh menembusi langit yang kurasa mendung tanpa kehadiran abang.Abang bagaikan memahami perasaanku sekaligus memujuk hatiku yang lara.Sudah banyak kali abang mengajak aku mengikutnya ke kampong halaman di taiping sekaligus bertemu kedua orang tuanya.
Tetapi sangkaanku meleset sama sekali apabila pelawaannya aku setujui..Terkuburlah satu lagi sejarah hidup ini.Malam sewaktu perjalanan itu menjadi saat pertama diriku menjadi insan yang kotor di mata masyarakat.Shafig yang pada mulanya seperti memberi seribu harapan mula menjadi manusia yang bertopengkan syaitan.Aku yang pada ketika itu masih muda hanya mengikut sahaja kata-kata seorang lelaki yang aku panggil abang.Aku sendiri tidak pasti kekuatan dari mana yang aku dapat sehingga berani menerima pelawaannya sewaktu untuk bermalam di hotel bagi merehatkan diri selepas 4jam perjalanan dari Johor.padahal sebelum ini aku seorang yang amat berhati-hati dalam memberi sebarang jawapan dan amat berhati-hati apabila keluar bersama lelaki.Ajakan manja abang sebagai tanda cinta aku kepadanya menyebabkan aku menyerahkan mahkotaku yang selama ini aku pertahankan tanpa sebarang perasaan ragu-ragu.Aku sendiri tidak percaya kenapa aku sanggup lakukan semua itu sedangkan aku sendiri belum mengetahui penyudah bagi perhubungan kami ini.Hal ini ditambah lagi perkenalan aku dengannya hanyalah selama hampir 7 bulan.Memang masa yang amat singkat.
“Abang lya pening la,Tak larat pulak rasanya.”Aku merintih dan hanya mengharapkan simpati dari seorang lelaki yang aku percayai itu.
Wajahnya seperti tidak bersalah atau menyesal dengan apa yang berlaku..
“””lya nak ikut abang balik ke tak ni???cepat la siap..ala hilang la sakit tu nanti…cepat ye!!!nak manja-manja pulak lya ni…abang dah siap ni..lya mandi pastu kita breakfast sama-sama..Abang tunggu liya ni…””Itulah yang dikatakan kepada aku..abang tidak seperti dulu seorang yang baik hati,lemah lembut dan mengambil berat terhadapku…Sikaonya berubah hanya satu malam.Walaupun abang begitu aku masih lagi menerimanya kerana aku mencintai abang…Entah apa yang aku inginkan darinya sehingga aku sendiri buta dan bagiakan terlupa apa yang haram dan yang halal bagi diriku.Padahal sedari kecil aku diajar semua itu dengan baik.Hanya kerana percayakan lelaki aku melupakan segala ajaran kedua ibu bapaku.
Sebaik sahaja selesai bersiap kami terus menuju ke rumah abang.Sememangnya keluarga abang amat dikenali di sana.Kediamannya juga selesa dan indah.Ketibaan kami disambut oleh ibu bapanya.Walaupun aku rasa asing di rumah itu tapi oleh kerana abang banyak membantu membuat aku tidak kekok tinggal di situ.Kami bermalam di rumah abang selama tiga hari.Kami harus pulang ke kolej kerana ada kelas yang perlu aku hadiri.
Keluarga abang juga seakan sudah biasa dengan kehadiran tetamu.Ibubapa abang juga tidak mempunyai sebarang masalh tentang kehadiran aku ke sana.Mereka lebih menumpukan mengenai pekerjaan mereka daripada abang.Maklumlah kedua-duanya bekerjaya.Sepanjang aku di rumah abang kami selalu bersama,aku dilayan bak pemaisuri di rumah itu.Tiada sebarang halangan bagi kami.Segala permintaan kami dilaksanakan oleh orang gaji di situ.Ibubapa abang banyak berada di luar dari berada di rumah.Aku juga hanya berjumpa dengan mereka beberapa kali sahaja.
Hubungan kami menjadi lebih akrab dari hari ke sehari.Tidak ada lagi halangan bagi kami.Kami hidup dalam dunia kami sendiri.Ada juga rakan-rakan yang memberitahu aku sikap abang yang selalu dilihat bersama perempuan lain tapi semua itu aku tak percaya kerana kata abang semua itu kawan belajarnya.Aku juga sering mengatakan bahawa rakan-rakan aku cemburu apabila aku bersama dengan abang.
Selepas malam tahun baru aku semakin jarang berjumpa abang kerana alasan abang sibuk dengan kerja.Abang juga sering pulang ke kampong.Aku hanya mendapat tahu setelah abang pulang.Panggilan telefon dariku juga selalu tidak diangkat.Setiap kali aku tanya bermacam-macam alasan diberikan kepadaku.Walaupun aku rasa memang ada yang tak kena tapi aku diamkan sahaja.Kami hanya berjumpa sekali seminggu itupun hanya beberapa jam.Abang berjanji padaku bahawa selepas dia menyiapkan projeknya akhir bulan ini dia akan menumpukan perhatian kepada hubungan kami.Kata-katanya aku pegang sebagai janji.
p/s : Smbung g nnt
0 comments:
Post a Comment