Saturday, December 31, 2011

die dah datang

Posted by ct aini at 10:15 AM 0 comments
which die??
 it's new year sayang2
 yeahhh..2012

my wishing list for 2012

✿ dean list 
✿berat ideal semula
✿peniaga berjaya (mau bisnes maju)
✿holiday ngan my family,,tempat??
✿pegi SARAWAK
✿duit ASN more than RM 5000
✿get him that item:)
✿samsung galaxy s
✿new DSLR
✿get me a CAR

 okay,,banyak kan..~
still wishing list 2011 banyak g x tunaikan..


that's me:)
SITI NORAINI MD HASHIM

Thursday, December 22, 2011

duit oh duit

Posted by ct aini at 9:02 PM 0 comments

take a look of this:)


dah tgk??
tu la die cte duit baru kite
xsabaq ni nak di pengguna not2 baru.
the best thing duit syiling yang comei2

ni la namanya keunikkan malaysia kan..kan
sume ada,,gabung2 jadi 1 malaysia
serius  ni la first time ak tgk duit macam ada makna sket
aku anak malaysia:)
tetibe..sentap



ayat xbuat terpkir::: khazanah inilah yang menjadikan siapa kita 

maen gerak loko2

Posted by ct aini at 4:36 AM 0 comments

Lokomotor

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang dan berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan lokomotor juga merupakan dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Bukan Lokomotor

Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan atau juga disebut sebagai pergerakan dalam keadaan statik dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan terutama pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, berlari setempat, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi

pergerakan kratif ni kena la macam stretching, flexible dan extended.
dari slow ke lambat 
dari kecik ke besaq
dari xhepy ke heppy


tu haje:)


Wednesday, December 21, 2011

♥macam-macam asyura♥

Posted by ct aini at 6:13 PM 0 comments

gambar ending letak dulu,,da ready nak agihkan
ermm...Terliur tak?teringin plak nk story entry pasal makan pulak..
Kebetulan musim bubur asyura berlalu ari ni nak tunjuk bubur asyura
yang bestnye sebab yang berbagai versi dan rasanya..
AJK blok B ngan C buat gotong royong masak
than keluar segala formula,,tiap2 negeri lain la~tapi kita 1 malaysia

ni yang belah utagha
paggil buboq asyugha
guna tepung beras+ ingredient berlambak2
paling selalu la ,,,belah utara ni maneh la

yang ni versi pantai timur
dorg paggil sugho (slang tnya kelantanian)
tapi buat pakai beras+rempah ratus banyak2
rasanya manis campur pedas ala-ala makjun gitu sebab  rempah ratus tuh kot
serius kalo rasa konferm ..... 
bagi ak xmasuk tekak but housemate ak kata sedap
endingnya bubur tu ala-ala hitam
tapi ada yang kata hitam bukan sebab ramuan tapi sebab kawahnye,,
xpe..don't judge a book by it's cover


ce tgk "kami" masak bubur sugho versi kelantan

putih 
vs
 hitam


opss~~blok kami blok wanita..


of nak sebuk even xbanyak bantu:)


brought to you
our chef of the day
ok...masakan anda pas nak kawen:)


that's it ♥



p/s :gambar dicuri dari zyla ali Hussin (tekan bawah)






puteri kat hutan ~versi 1~

Posted by ct aini at 6:15 AM 0 comments

ni tugasan kedua rasanya..(baru sedar xbuat entry pasal yang 1st)

puteri shantek vs budak2 hyperactive:)
opsss...tmbah bomoh encem..haha


lagi 



dan lagi


thanks to soley2~ paling banyak bgi support :))

than bila kami rehat,,time tuk makan


chef of the day
tq for the four of you princess..hak3x

again..that's us:)



kenyang dah kan..bru nak story2
cerita pasal healing orang,,which one,??


budak2 nakal yang sebuk main kat tempat mandi puteri2 la kan...

n tugas puteri yang baik lagi shantek...sembuhkan la..
but ktorang xde power,,mcm mne ni??
bomoh yang diimport dari siam amat diperlukan


itu aje lah untuk review ctenye...

tgk la rakaman hampas gas dari kami:)

Tuesday, December 20, 2011

♥ I'm The Lucky Person on Her Birthday ♥

Posted by ct aini at 5:41 PM 0 comments

contest lagi
and for sure nak menang memang susah..haha
but suke hati la nak join,,dpt promote blog org lain la..
pahala okeh

theme::
[ikut ske ati camne nak nilai]


kawan ,kekasih,family???
which one u prefer ha sweetie?
that's our present

lot's of 


~tukar watak~

Posted by ct aini at 2:05 AM 0 comments


yang mana satu saya??
yes..you wrong

mak tanggang ialah saya lebih dikenali DERUMA
kenapa tukar watak sebab ???
pakai tudung ok...xsesuawai sebab gngu pandangan org tentang etnik dorg
but it's ok..lakon pasai mak tanggang pon ok jgk..i like:)

tawu cte ni x??



ni la part sedih tuh..
ak mencari tanggang yang hilang..oppss ..jadi batu sudah~
tanggang mak cari kamu nak..
mak bawakan pisang salai nak,,kau suka kan tanggang
tanggang...ni mak kau tanggang~
amcam??nnti pas perform org bawak real thing masuk dlm ni..

ps::roadshow performance by ekspresi 02
tempat : Galeri seni ,Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, December 19, 2011

Puteri santubong n puteri sejinjang

Posted by ct aini at 3:25 AM 0 comments
esemen ke ,,,cam bnyak dah je kan
pilih yang mane suka,,
nak story pasal line cte die yang di copy paste sket..

mula -mula cte ni jadi sebab
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang pasti akan terpikat.paras rupa dorg digmbarkan cam puteri..
macam-macam describe kecantikan cth:
alis mata,ekor mata,bibir mungil,

cerita berbunyi gini:)*jeng..jeng jeng

“Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermain-main, mahu?” Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
“Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya?” balas Puteri Sejenjang.


“Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.”

“Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bunga-bunga di taman sana.”
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masing-masing hingga selesai.


Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan menumbuk padi.

Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji tentang kelebihan diri sendiri.

“Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini! Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku. Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang?” Tanya Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.

Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. “Bila aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri yang paling cantik di dunia ini.”


Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan. Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

“Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.”

“Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula anak raja itu melamar aku dahulu,” balas Puteri Sejenjang.

Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masing-masing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara keduanya berlarutan.

Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.


“Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jari-jemariku ini yang halus serta runcing,” kata Puteri Santubong dengan bangga.

Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.

Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalin oleh mereka selama ini.

Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang, menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulau-ulau kecil berhampiran Gunung Santubong.

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita dengar sehingga ke hari ini.


Oh……Puteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh……
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh……
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.


ending::copy paste dari koleksi rakyat kite la sayang:)

Tuesday, December 13, 2011

lagi lagi rosak

Posted by ct aini at 12:50 AM 0 comments
ni encik purple:)*nak tulisan purple bru de semangat*
riwayat hidup bulan dari bulan 5 smpai 2 minggu lepas
xsmpai setawun die men lip lap..lip lap
harus x bersedih lagi


lepas laptop dulu mak bod (mother board) rosak ak kena wat muka simpati mintak yg baru
huh~ ada yg simpati bagi encik purple tp
salah ak lagi 
dulu nini skang encik purple
salahnya apa xtawu lagi



sajak lagi
lappy saya masuk hospital lagi
saya sedih lagi
mungkin 3 minggu lagi abg kedai YCT tu cakap
kenapa rosak lagi???
saya xpandai jaga lagi
saya men lapp banyak sgt lagi
saya men lempar anjing lagi
rasenya saya kena mintak sedekah lagi
mintak sedekah lappy lagi


*rindu tgk sedara2 encik purple*

*cool sgt encik purple..miss u alot*

*encik purple ,,saya minat awk*


* nini yang dulu..xleh nak watpe dah*

 p/s:gambar ni dipotong tampal dari google..tq pakcik google:)

Saturday, December 10, 2011

bukan saya kawen :)

Posted by ct aini at 5:59 PM 0 comments
3.12.2011
my sister wedding 
aida & zam
no 304,kg sg labu atas,
34250 tg piandang,perak
sume gambar je la dulu ek

2.12.2011 akad
abang ipar ak terer so kena 3 kali akad
helloo~~88 sen je yang lupa..
gatal sgt letak sen2 tuh

dia dah jadi isteri orang:)
PUAN AIDA

 amik berkat..gonna be 5 years more maybe:)


 3.12.2011
2nd outfit
that's her,,serius cun la along

again..bersanding la sudah,,,

3rd outfit
ni cam pelik jgk la sket..but ske la jgk

bilik along yang tetibe ari ni je cantek

4.12.2011
4rd outfit
dewan Tanjong piandang
you look good sis

~adik ~
(nanti ko kata ak xletak gambo ko)
pling lawa dah ak tgk..haha

~he is my sarawakian~
tukang buat air berjaya..tq syg


ending
along..wish for our happiness
selamat pengantin baru

Saya Suka Pergerakan kreatif teater

Posted by ct aini at 5:26 PM 0 comments

 Version1
en.eddy (our lecture)

Perlu ke entry ini ???

 
perlu!!!!to get A..kalo En Eddy baca la kan..kot2 dapat A
okeh..blaja subjek ni..fun mula2 tapi pastu akan little2 jadik serius bangat sebab kite rasa cam dah buat baik tapi apa yang orang lain nak lebih baik,,,so kena banyak practice
anda juga kena spent banak masa untuk subjek ni..ingat senang nak hafal step and buat semua tu cantik..oppss…penat la subjek ni but boleh kira exercises la jgk.


Ape perlu cite..
experience + apa yang ak balajar + refleksi + pendapat + gamba = kenapa suke pergerakan kreatif

Apa itu teater????

teater tu macam persembahan dan lakonan yang kita lakonkan spontan je.. so xde cut2…kena hafal skrip semestinya..mendalami watak dengan baik..

namun,,, 
apa itu pergerakan kreatif teater???
semua gerak2 korang adalah pergerakan kreatif..macam mane??
angkat tangan pon adalah pergerakan tapi nak jadikan kreatif mungkin boleh goyang banyak-banyak arah ngan penuh semangat..
kreatif kan???simple..



End tuk pengenalan

More version will be publish
~~sinis pon ada tajuknya~~

 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea