Nak share pasal teori howard garner yang boleh guna dalam teater
Ni semua ak belajar bila masuk kelas ENCIK SUHARDI aka Encik Eddy
Kecerdasan Horward Garner terbahagi kepada adalah satu persoalan
mengenai penggunaan IQ (Intelligence Quotent) untuk mengukur kecerdasan seseorang.
Menurut ujian oleh psikologis Afred Binet mendapati ujian IQ mengukur kemahiran
atau kecerdasan sahaja. Oleh itu,Garner membuat kajian terdapat pelbagai
kecerdasan lain yang diambil kira sebagai kecerdasan seseorang.
a)
Kecerdasan 1
:Verbal/Linguistik
·
Kemahiran
penggunaan bahasa seperti mahir membaca,menulis dan berkomunikasi dengan orang
lain melalui pelbagai cara
·
Contoh :
apabila sesuatu skrip telah siap maka latihan diperlukan untuk persembahan maka
pelajar akan menjadikanskrip lebih indah. Selain itu,pembinaan penulisan
artikel seperti ini jurnal dan idea konsep mengenai kratif teater ini.
b)
Kecerdasan 2:
Logikal /Matematik
·
Merupakan
kemahiran menaakul,mengira,berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat
yang diterima.
·
Contoh :
Kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam produksi dan berfikir
secara kreatif dan kritis. Contohnya dalam tempat persembahan akhir kami
mempunyai ruang yang berbeza. Oleh itu, kami membuat back-up untuk
membuat perubahan dengan persembahan.Terjemahan idea teks ke proses visual juga
berlaku apabila pelajar menganbil teknik dalam nota dan diaplikasikan dalam
pergerakan.
c)
Kecerdasan 3 :
Visual /spatial (ruang)
·
Keupayaan
berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah
·
Contoh :
keupayaan bagi berfikir mengenai pergerakan apa yang akan dibuat dalam setiap
watak dan cara untuk menjadikan setiap pergerakan mempunyai kesinambungan.
d)
Kecerdasan 4 :
Pergerakan badan /Kinestatik
·
Keupayaan
menyelesaikan masalah menggunakan pergerakan badan
·
Contoh :
pelajar harus mencari kelemahan dan memperbaiki kelemahan yang ada dengan
menghasilkan kreativiti mengenai pergerakan badan supaya tidak tampak canggung.
e)
Kecerdasan 5 :
Muzikal/Rima
·
Keupayaan
mencipta muzik atau rentak, berupaya memahami dan menterjemahkan. Selain itu
cara menghargai muzik itu sendiri.
·
Contoh : Tempo
dan muzik yang digunakan akan dapat diingati dan di fahami untuk menjadikan
pergerakan tampak indah kerana muzik dan pergerakan adalah serasi. Dalam
persembahan kami perlu mengikut alunan lagu oleh Jerricho bagi memastikan kami
menghayati lagu yang disampaikan.
f)
Kecerdasan 6 :
Interpersonal
·
Melibatkan
emosi,perasaan,cirri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi
dengan orang sekeliling.
·
Contoh :
kemahiran untuk mencurahkan emosi dan perasaan oleh watak yang dipegang. Emosi
nakal dan jahat ditunjukkan dalam persembahan bagi menjadikan penonton mudah
menerima.
g)
Kecerdasan 7 :
Intrapersonal
·
Keupayaan
memahami dengan menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan potensi diri.
·
Keupayaan untuk
pelajar menggunakan pengetahuan di masa akan datang untuk meningkatkan potensi
diri sepanjang hayat yang menjurus kepada kecenderungan efektif.
h)
Kecerdasan 8 :
Naturalis
·
Keupayaan
memerhati ,memahami dan menghargai alam sekitar.
·
Pergerakan yang
berdasarkan bunyi alam sekitar dan cuba mengambil sifat alam dan memasukkan
dalam persembahan. Najis digunakan sebagai subjek utama persembahan yang
menjadikan pelajar mendalami sifatnya.
p/s :joinlah teater:)
0 comments:
Post a Comment