Wednesday, January 18, 2012

Aplikasi teori howard garner dalam teater

Posted by ct aini at 9:47 PM 0 comments
                  Nak share pasal teori howard garner yang boleh guna dalam teater
                   Ni semua ak belajar bila masuk kelas ENCIK SUHARDI aka Encik Eddy

   Kecerdasan Horward Garner terbahagi kepada adalah satu persoalan mengenai penggunaan IQ (Intelligence Quotent) untuk mengukur kecerdasan seseorang. Menurut ujian oleh psikologis Afred Binet mendapati ujian IQ mengukur kemahiran atau kecerdasan sahaja. Oleh itu,Garner membuat kajian terdapat pelbagai kecerdasan lain yang diambil kira sebagai kecerdasan seseorang.

a)      Kecerdasan 1 :Verbal/Linguistik
·         Kemahiran penggunaan bahasa seperti mahir membaca,menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara
·         Contoh : apabila sesuatu skrip telah siap maka latihan diperlukan untuk persembahan maka pelajar akan menjadikanskrip lebih indah. Selain itu,pembinaan penulisan artikel seperti ini jurnal dan idea konsep mengenai kratif teater ini.
b)      Kecerdasan 2: Logikal /Matematik
·         Merupakan kemahiran menaakul,mengira,berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.
·         Contoh : Kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam produksi dan berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya dalam tempat persembahan akhir kami mempunyai ruang yang berbeza. Oleh itu, kami membuat back-up untuk membuat perubahan dengan persembahan.Terjemahan idea teks ke proses visual juga berlaku apabila pelajar menganbil teknik dalam nota dan diaplikasikan dalam pergerakan.
c)      Kecerdasan 3 : Visual /spatial (ruang)
·         Keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah
·         Contoh : keupayaan bagi berfikir mengenai pergerakan apa yang akan dibuat dalam setiap watak dan cara untuk menjadikan setiap pergerakan mempunyai kesinambungan.

d)      Kecerdasan 4 : Pergerakan badan /Kinestatik
·         Keupayaan menyelesaikan masalah menggunakan pergerakan badan
·         Contoh : pelajar harus mencari kelemahan dan memperbaiki kelemahan yang ada dengan menghasilkan kreativiti mengenai pergerakan badan supaya tidak tampak canggung.
e)      Kecerdasan 5 : Muzikal/Rima
·         Keupayaan mencipta muzik atau rentak, berupaya memahami dan menterjemahkan. Selain itu cara menghargai muzik itu sendiri.
·         Contoh : Tempo dan muzik yang digunakan akan dapat diingati dan di fahami untuk menjadikan pergerakan tampak indah kerana muzik dan pergerakan adalah serasi. Dalam persembahan kami perlu mengikut alunan lagu oleh Jerricho bagi memastikan kami menghayati lagu yang disampaikan.
f)       Kecerdasan 6 : Interpersonal
·         Melibatkan emosi,perasaan,cirri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan orang sekeliling.
·         Contoh : kemahiran untuk mencurahkan emosi dan perasaan oleh watak yang dipegang. Emosi nakal dan jahat ditunjukkan dalam persembahan bagi menjadikan penonton mudah menerima.
g)      Kecerdasan 7 : Intrapersonal
·         Keupayaan memahami dengan menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan potensi diri.
·         Keupayaan untuk pelajar menggunakan pengetahuan di masa akan datang untuk meningkatkan potensi diri sepanjang hayat yang menjurus kepada kecenderungan efektif.
h)      Kecerdasan 8 : Naturalis
·         Keupayaan memerhati ,memahami dan menghargai alam sekitar.
·         Pergerakan yang berdasarkan bunyi alam sekitar dan cuba mengambil sifat alam dan memasukkan dalam persembahan. Najis digunakan sebagai subjek utama persembahan yang menjadikan pelajar mendalami sifatnya.

p/s :joinlah teater:)

Sunday, January 15, 2012

ekspresi 02 pergerakan kreatif teater

Posted by ct aini at 12:36 AM 0 comments

Part 1 of ekspresi
Ape tu ekspresi??

 Menurut Richard Kraus, Sarah Chapman,BrendaDixon History of the dance In Art and education. Prentice Hall,New Jersey 1991
“ Spontaneous,Interaction,physical and emotional,between two dancers moving together,rolling and tumbling (falling/ dropping) along the floor,sliding over each other’s bodies,and leaping into each other’s arms. Sensitivity to touch,balance,momentum,center of gravity and personal dynamics yields a continuous flow of activity involving the giving and taking of weight and exchange od active and passive roles “. 

ni die
our projek start here and it's never end



kitorang heppy okeh even macam-macam ktorang cakap
ktorang enjoy even kadang-kadang terkeluar jgk kata-kata sket sesat



microteaching

Posted by ct aini at 12:29 AM 0 comments
cuti just sebulan...bukan lama sgat and banyak sangat la keje yang dah dibagi expecially my lovely encik SAMRI SAINUDDIN..kena buat microteaching kat sekolah..apa itu makroteaching???apa kena ada???apa kena prepare???

woooowww~
it's gonna be tuff la..
okah..1st sebab ni cam kira nak jadi cikgu la..2nd ni la 1st time nak ke sekolah balik...
nampak??ni cam kira banyak advantage n disadvantage..hey ..saya pelajar Encik SAMRI SAINUDDIN la...confirm la boleh..


apa itu microteaching
micro teaching adalah satu proses pembelajaran dan pengajaran..sesi microteaching ni macam permulaan sebelum belajar..lebih baik dibuat dengan cara video tape so senang nak kaji kelemahan dan kelebihan individu bila tengok tape tuh.microteaching ni bagus sebab na bagi keyakinan and pendedahan baik sepaya xla gementar depan student,,,nampak bagus kan pada bakal guru like me..:) the chekgu wannabe..

camna nak buat microteaching??
kena cari dulu student yang snggup nak terima korang jadi cikgu and dorg as "barang" eksperimen..then kena siapkan plak semua yang ada dalam pembelajaran contohnya cam ABM (lide show,,kertas mahjung,kertas soalan,carta dll)..siapkan diri ngan gaya cam chekgu wannabe:)
then..you ready to go..

korang kena bagi orang lain tengok sebab ni la cara terbaik nak tengok kesalahan kite:)
p/s::jangan nak ss bagi komen sendiri because maybe akan berat sebelah okeh..

Thursday, January 12, 2012

perginya kembali

Posted by ct aini at 9:26 PM 0 comments
AGAIN
si dia balik
which die
.
.
.
.
.
.
.
that's him

lokasi: Daro,Mukah,Sarawak
tarikh balik: 13 Januari 2012
tarikh pulang : 19 Februari


P/s: rindu kot...sebulan taw

Tuesday, January 10, 2012

aku janji anak kandung suluh budiman (UPSI)

Posted by ct aini at 9:25 AM 0 comments

SURAT AKU JANJI

                Saya SITI NORAINI MD HASHIM No Kad Pengenalan 89 ****-08-**** ,dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu dan akan sentiasa mempertingkatkan budi perkerti yang mulia. Saya akan mematuhi semua undang-undang ,statut, peraturan-peraturan,kaedah-kaedah  dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (“Universiti”) yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar university. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain :
a)      Akan mematuhi subsesyen 15 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) untuk tidak menjadi ahli politik,kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah perlembagaan universiti, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

b)      Akan mematuhi subseksyen 15 (3) Akta Universiti dan kolej univerrsiti 1971 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan ,simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan ,badan atau kumpulan orang yang haram.

c)       Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib dan sebagaimana yang dinyatakandalam kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib pelajar)1999 termasuklah :-
                                                        I.            Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan am yang antara lain termasuklah :-
a.       Tidak akan merosakkan atau memudaratkan kepentingan ,kesejahteraan  dan nama baik Universiti,mana –mana Pelajar,kakitangan,pegawai atau pekerja univeriti.
b.      Tidak akan merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam,moral,kesopanan atau tatatertib dan
c.       Tidak akan mencabuli apa-apa peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis sama ada di dalam atau di luar kampus.

1.       Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah,sekatan tentang penggunaan teks kuliah dan plagiatrisme

2.       Peruntukan berkenaan dengan peperiksaaan dan kelakuan pelajarsemasa peperiksaan dijalankan.

3.       Peruntukan berkenaan dengan penerbitan,pembahagian dan pengedaran apa-apa dokumen di dalam atau di luarkampus.

4.       Peruntukan berkenaa dengan perhimpunan ,penggunaan pembesar suara dan sepanduk

5.       Peruntukan berkenaan dengan kegiatan pelajar di luar kampus dan penglihatan pelajar dalam bidang berkenaan.

6.       Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi,minum dan memiliki minuman keras,berkelakuan tidak senonoh ,memiliki bahan lucah,memiliki dan menggunakan dadah dan racun dan :-

7.       Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampusdan pakaian pelajar.

d)      Akan mematuhi peraturan peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar ) 1999. dan
e)      Akan Mematuhi peraturan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.

                Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukkan dalam undang-undang,statut,peraturan-peraturan,kaedah-kaedah atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut peruntukkan undang-undang,statut,peraturan-peraturan,kaedah-kaedah atau arahan berkenaan termasuklah dibuang daripada Universiti.

 ***ini mungkin apa yang banyak pelajar lupa...setiap pelajar buat aku janji pada kali pertama jejak kaki kat upsi kan..kena tandatangan aku janji macam diatas:)
xmerujuk mana-mana pihak namun terasa diri terlalu daif dengan maklumat diri sendiri yang mendaftar di Universiti namun tidak memahami apa yang ditandatangani..bila melihat semua ini mungkin pihak Universiti harus lebih tekankannya..atau mungkin pelajar yang mahu melangkah ke alam Universiti perlu baca surat aku janji ini sebelum menandatnagni..ini adalah bukti perjanjian sebagai ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN:)

Monday, January 9, 2012

makanan sedap datang

Posted by ct aini at 4:25 AM 0 comments

Time berjalan-jalan di belog-belog
terjumpa belog makanan 
sedapnye tengok makanannye
tengok ni taw,,macam2 ada








Nampak tak..sedapnye
siap  ada mcam2 resipi lagi + gmbo makanan banyak lagi
nyummy~nyummy
 
Terima Kasih kepada blogger tuh sebab bagi ak kenyang tgk gmbo
copy2 gmbo letak dalam blog ak plak tuh
~hehe~


 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea