Sunday, March 6, 2011

Tempat Menarik di Perak

Posted by ct aini at 3:58 AM
Reactions: 
 sumber: buku  Malaysia Tourism Map & Guide 

 cadangan tempat menarik yang harus anda lawati di negeri Perak. 
Antara tempat menarik yang boleh anda lawati adalah seperti berikut;

Taman Tasik Taiping
Taiping Lake Garden dibina pada tahun 1880 dan merupakan taman tasik paling awal dan antara yang indah di Malaysia. Ia dibina semasa pemerintahan Inggeris di Malaysia. Taman yang indah ini terletak di berhampiran Bukit Larut dan Zoo Taiping. (rate : 4 bintang)
Kellie’s Castle
Kellie’s Castle dibina oleh Inggeris yang dikatakan belum pernah tinggal di dalamnya. Ia terletak berhampiran Batu Gajah, dan jika anda memandu lebih kurang 20-30 minit dari bandar Ipoh, Perak. Ia dibina pada tahun 1915 dan pembinaannya terhenti selepas kematian William Kellie Smith. (4 bintang)
Teluk Intan Leaning Tower
Dibina pada tahun 1885 oleh kontraktor China, Chong Leong Choon, merupakan menara setinggi 25.5 m yang terletak di bandar Teluk Intan, Perak. Tempat ini adalah suatu kemestian bagi mereka yang ingin melawat salah satu tempat menarik di negeri Perak. Pada awalnya digunakan sebagai tangki air yang menyediakan air bagi penduduk di bandar. Kini, struktur kayu ini menjadi satu keanehan arkitektur yang menarik bagi pengunjung. (rate:3 bintang )
Gua Tempurung
Terletak di Gopeng, sekitar 24km selatan ibu kota Ipoh di Perak dan berhampiran Kampar, merupakan salah satu gua batu kapur yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Di dalam Gua tersebut telah dibina platform yang diterangi lampu dari pintu gua bagi membolehkan anda berjalan dengan mudah (3 bintang)
Pulau Pangkor
Pulau Pangkor adalah sebuah pulau yang menarik, terletak di utara-barat Semenanjung Malaysia. Anda boleh menaiki feri dari Lumut untuk sampai ke sana. Banyak pakej percutian yang menarik bagi mereka yang ingin berkunjung ke sana. (4 bintang)
kuala gula
kuala gula terletak dalam daerah kerian dan boleh tengok burung time musimnya. ada gak chalet tepi pantai yang boleh pegi.layanan ok je la.banyak aktiviti lain yang ada contohnya memancing,tengok kelip-kelip,burung .. (rate:3bintang)
Banyak lagi sebenarnya destinasi percutian dan tempat menarik di Perak.
 Sekiranya nak lawati tempat menarik di Perak..boleh la cuba

~i'm perakian~

1 comments:

super blogger said...

..macam-macam tempat menarik di Perak, tambahan pulak tahun 2012 tahun melawat Perak. Hehe.

Post a Comment

 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea