Tuesday, January 10, 2012

aku janji anak kandung suluh budiman (UPSI)

Posted by ct aini at 9:25 AM

SURAT AKU JANJI

                Saya SITI NORAINI MD HASHIM No Kad Pengenalan 89 ****-08-**** ,dengan sesungguhnya dan sebenarnya berjanji bahawa saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kecemerlangan dalam ilmu dan akan sentiasa mempertingkatkan budi perkerti yang mulia. Saya akan mematuhi semua undang-undang ,statut, peraturan-peraturan,kaedah-kaedah  dan apa-apa arahan yang terpakai kepada pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (“Universiti”) yang dibuat dari semasa ke semasa sepanjang saya menjadi seorang pelajar university. Maka dengan ini saya berjanji bahawa saya antara lain :
a)      Akan mematuhi subsesyen 15 (1) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) untuk tidak menjadi ahli politik,kesatuan sekerja atau apa-apa jua lain pertubuhan, badan atau kumpulan orang sama ada ianya di dalam Malaysia atau di luar Malaysia kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah perlembagaan universiti, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

b)      Akan mematuhi subseksyen 15 (3) Akta Universiti dan kolej univerrsiti 1971 untuk tidak menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan ,simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan ,badan atau kumpulan orang yang haram.

c)       Akan mematuhi peruntukan berkenaan dengan tatatertib dan sebagaimana yang dinyatakandalam kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib pelajar)1999 termasuklah :-
                                                        I.            Tidak akan melanggar peruntukan berhubung dengan larangan am yang antara lain termasuklah :-
a.       Tidak akan merosakkan atau memudaratkan kepentingan ,kesejahteraan  dan nama baik Universiti,mana –mana Pelajar,kakitangan,pegawai atau pekerja univeriti.
b.      Tidak akan merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam,moral,kesopanan atau tatatertib dan
c.       Tidak akan mencabuli apa-apa peruntukkan mana-mana undang-undang bertulis sama ada di dalam atau di luar kampus.

1.       Peruntukan berkenaan dengan kehadiran dalam kuliah,sekatan tentang penggunaan teks kuliah dan plagiatrisme

2.       Peruntukan berkenaan dengan peperiksaaan dan kelakuan pelajarsemasa peperiksaan dijalankan.

3.       Peruntukan berkenaan dengan penerbitan,pembahagian dan pengedaran apa-apa dokumen di dalam atau di luarkampus.

4.       Peruntukan berkenaa dengan perhimpunan ,penggunaan pembesar suara dan sepanduk

5.       Peruntukan berkenaan dengan kegiatan pelajar di luar kampus dan penglihatan pelajar dalam bidang berkenaan.

6.       Peruntukan berkenaan dengan larangan berjudi,minum dan memiliki minuman keras,berkelakuan tidak senonoh ,memiliki bahan lucah,memiliki dan menggunakan dadah dan racun dan :-

7.       Peruntukan berkenaan dengan kebersihan di dalam kampusdan pakaian pelajar.

d)      Akan mematuhi peraturan peruntukan berkenaan dengan tatatertib asrama sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar ) 1999. dan
e)      Akan Mematuhi peraturan berkenaan dengan tatatertib lalu lintas jalan sebagaimana yang dinyatakan dalam kaedah-kaedah atau Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.

                Saya sesungguhnya faham bahawa sekiranya saya tidak mematuhi mana-mana peruntukkan dalam undang-undang,statut,peraturan-peraturan,kaedah-kaedah atau arahan tersebut, maka tindakan boleh diambil ke atas saya menurut peruntukkan undang-undang,statut,peraturan-peraturan,kaedah-kaedah atau arahan berkenaan termasuklah dibuang daripada Universiti.

 ***ini mungkin apa yang banyak pelajar lupa...setiap pelajar buat aku janji pada kali pertama jejak kaki kat upsi kan..kena tandatangan aku janji macam diatas:)
xmerujuk mana-mana pihak namun terasa diri terlalu daif dengan maklumat diri sendiri yang mendaftar di Universiti namun tidak memahami apa yang ditandatangani..bila melihat semua ini mungkin pihak Universiti harus lebih tekankannya..atau mungkin pelajar yang mahu melangkah ke alam Universiti perlu baca surat aku janji ini sebelum menandatnagni..ini adalah bukti perjanjian sebagai ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN:)

0 comments:

Post a Comment


 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea