Wednesday, January 18, 2012

Aplikasi teori howard garner dalam teater

Posted by ct aini at 9:47 PM
                  Nak share pasal teori howard garner yang boleh guna dalam teater
                   Ni semua ak belajar bila masuk kelas ENCIK SUHARDI aka Encik Eddy

   Kecerdasan Horward Garner terbahagi kepada adalah satu persoalan mengenai penggunaan IQ (Intelligence Quotent) untuk mengukur kecerdasan seseorang. Menurut ujian oleh psikologis Afred Binet mendapati ujian IQ mengukur kemahiran atau kecerdasan sahaja. Oleh itu,Garner membuat kajian terdapat pelbagai kecerdasan lain yang diambil kira sebagai kecerdasan seseorang.

a)      Kecerdasan 1 :Verbal/Linguistik
·         Kemahiran penggunaan bahasa seperti mahir membaca,menulis dan berkomunikasi dengan orang lain melalui pelbagai cara
·         Contoh : apabila sesuatu skrip telah siap maka latihan diperlukan untuk persembahan maka pelajar akan menjadikanskrip lebih indah. Selain itu,pembinaan penulisan artikel seperti ini jurnal dan idea konsep mengenai kratif teater ini.
b)      Kecerdasan 2: Logikal /Matematik
·         Merupakan kemahiran menaakul,mengira,berfikir secara logic dan memproses sesuatu maklumat yang diterima.
·         Contoh : Kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam produksi dan berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya dalam tempat persembahan akhir kami mempunyai ruang yang berbeza. Oleh itu, kami membuat back-up untuk membuat perubahan dengan persembahan.Terjemahan idea teks ke proses visual juga berlaku apabila pelajar menganbil teknik dalam nota dan diaplikasikan dalam pergerakan.
c)      Kecerdasan 3 : Visual /spatial (ruang)
·         Keupayaan berfikir dalam bentuk visual dan gambar ataupun rajah
·         Contoh : keupayaan bagi berfikir mengenai pergerakan apa yang akan dibuat dalam setiap watak dan cara untuk menjadikan setiap pergerakan mempunyai kesinambungan.

d)      Kecerdasan 4 : Pergerakan badan /Kinestatik
·         Keupayaan menyelesaikan masalah menggunakan pergerakan badan
·         Contoh : pelajar harus mencari kelemahan dan memperbaiki kelemahan yang ada dengan menghasilkan kreativiti mengenai pergerakan badan supaya tidak tampak canggung.
e)      Kecerdasan 5 : Muzikal/Rima
·         Keupayaan mencipta muzik atau rentak, berupaya memahami dan menterjemahkan. Selain itu cara menghargai muzik itu sendiri.
·         Contoh : Tempo dan muzik yang digunakan akan dapat diingati dan di fahami untuk menjadikan pergerakan tampak indah kerana muzik dan pergerakan adalah serasi. Dalam persembahan kami perlu mengikut alunan lagu oleh Jerricho bagi memastikan kami menghayati lagu yang disampaikan.
f)       Kecerdasan 6 : Interpersonal
·         Melibatkan emosi,perasaan,cirri-ciri dan keupayaan orang lain dan bagaimana berinteraksi dengan orang sekeliling.
·         Contoh : kemahiran untuk mencurahkan emosi dan perasaan oleh watak yang dipegang. Emosi nakal dan jahat ditunjukkan dalam persembahan bagi menjadikan penonton mudah menerima.
g)      Kecerdasan 7 : Intrapersonal
·         Keupayaan memahami dengan menggunakan pengetahuan bagi meningkatkan potensi diri.
·         Keupayaan untuk pelajar menggunakan pengetahuan di masa akan datang untuk meningkatkan potensi diri sepanjang hayat yang menjurus kepada kecenderungan efektif.
h)      Kecerdasan 8 : Naturalis
·         Keupayaan memerhati ,memahami dan menghargai alam sekitar.
·         Pergerakan yang berdasarkan bunyi alam sekitar dan cuba mengambil sifat alam dan memasukkan dalam persembahan. Najis digunakan sebagai subjek utama persembahan yang menjadikan pelajar mendalami sifatnya.

p/s :joinlah teater:)

0 comments:

Post a Comment


 

chekgu wannabe Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea